Hafazan Surah Al-Qadr Tahun 5
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum w.bt. saya merupakan pelajar daripada Institut Pendidikan Guru opsyen Pendidikan Islam. In Shaa Allah dalam blog ini saya akan kongsikan bahan bantu mengajar bagi memudahkan guru-guru mengajar berkenaan tajuk Hafazan Surah Al-qadr bagi Murid Tahun 5.
Disini saya sertakan Dokumen Standard Sekolah Rendah (DSKP) berkaitan dengan tajuk hafazan Surah Al-Qadr bagi Tahun 5
Hafazan Surah Al-Qadr
1) RPH Mengikut Model Assure
Set Induksi:
Murid-murid melihat dan mendengar video yang dihasilkan oleh guru dimana video seorang Qari yang mengalunkan bacaan Surah Al-Qadr
Langkah 1 : Slide Powerpoint
π Disini dilampirkan Gambar Surah Al-Qadr dalam slide Powerpoint.
π Murid diminta untuk memberikan tumpuan terhadap tayangan slaid powerpoint
π Murid-murid
mengikut membaca surah Al-qadr bersama-sama guru semasa proses pembelajaran

π Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
π Setiap kumpulan perlu mengisi tempat kosong surah Alqadr berdasarkan soalan yang guru berikan.
π Kemudian, murid perlu membaca tugasan ayat penuh
surat tersebut dalam berkumpulan.
Langkah 3: Permainan dan Sesi Soal Jawab
π Murid mendengar muzik yang dipasang oleh guru.
π Apabila muzik berhenti, murid yang
memegang kotak tersebut diminta tampil ke hadapan untuk menjawab soalan yang
ditujukan oleh guru
- Guru akan memanggil nama pelajar secara rawak untuk mendengar bacaan hafazan surah alqadr yang telah dihafal murid
Murid-murid juga boleh menjawab quiz di link yang diberikan di bawah untuk menguji sejauh mana tahap hafazan dan ingatan murid semua.
Selamat Menjawabπ
Disediakan Oleh: NURFAQIHAH AQEELA BT AZMI
unit: Pendidikan Islam 2 Amb Jun 2019
















Comments
Post a Comment